Tuesday, August 11, 2015

 
Aktiviti Mingguan Bagi Ikan Makan
 

Thursday, April 29, 2010


Pengenalan.
Sistem pawah atau (profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara pengusaha dan pembeli. Dalam sistem pawah arowana, pembeli akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha. Jadi pembeli hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha itu merupakan harta atau aset kepada pembeli. Setiap 2 bulan sekali pengusaha akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pembeli setelah anak ikan bersaiz 3 hingga 4 inci.












Konsep Sistem Pawah
Pembeli akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pembeli hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.

Semasa proses tuaian, pembeli akan dipanggil untuk membuat pengiraan hasil bersama. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pembeli dan syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 hingga 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pembeli. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pembeli tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran.

Selepas tamat tempoh perjanjian, pembeli selaku pemilik induk ikan tersebut boleh memilih untuk mengambil induk untuk dipelihara sendiri, menjual induk tersebut atau menyambung perjanjian dengan menandatangani surat perjanjian baru. Sekiranya pembeli memilih untuk menjual induk tersebut, pembeli akan mendapat kembali 100% modal yang dibayar dulu atau mungkin lebih sekiranya semua induk masih hidup. Sekiranya pembeli ingin menandatangani perjanjian baru pembeli tidak perlu membayar apa-apa dan segala urusan penjagaan induk akan dijalankan seperti biasa seperti sebelumnya.

Tuesday, October 20, 2009

Hasil pada 17 Oktober 2009






Hasil HighBack Golden pada 17 oktober 2009 dapat 2 pair 38 ekor.

Tuesday, January 6, 2009

Di habitat semulajadi, pembiakan ikan ini berlaku setahun sekali iaitu antara bulan Jun - Ogos tetapi berbeza jika dibiakkan didalam kolam takungan mungkin pembiakannya berlaku lebih daripada sekali dalam setahun. Keunikan ikan ini selain daripada warnanya yang menarik ialah sifat biologi pembiakannya, di mana induk jantan mengeram telur di dalam mulutnya selama 2 bulan.

Arowana matang setelah berumur 4 1/2 - 5 tahun dengan berat badannya antara 1 - 2 kg. Ia boleh membiak secara semula jadi di dalam kolam. Kebiasaannya ia mengawan pada waktu petang sehingga malam terutamanya pada musim hujan. Induk jantan yang matang mempunyai kepala yang lebih besar daripada induk betina.

klip video proses pengambilan telur oleh induk jantan





Kolam Pertama


Kolam pertama kami adalah ikan Arowana BanjaRed. Kami mula melabur awal tahun 2008 dan mula mendapat hasilnya pada 19 mei 2008. Hasil pertama kami cuma 15 ekor sahaja dan yang paling banyak setakat ini 41 ekor pada november 2008. Sepanjang tahun 2008 ini pulangan kami hanya RM 5250.00 maklum laaa anak ikan ini cuma RM140.00 seekor ( ini haraga borong ) kalau harga pasaran mungkin lebih tinggi lagi. Untuk pengetahuan anda setiap hasil yang diperolehi akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 50% untuk pengusaha(tuan tanah) dan 50% lagi barulah bahagian kami.

Kolam Kedua RakanKongsi




Kolam ke-2 kami mempunyai 14 ekor induk adalah ikan Arowana Highback Golden . Nilai kesemua ikan di dalam kolam ini lebih kurang RM91000.00. Kalau anda ingin melihat ikan kami ini secara dekat bolehlah hubungi kami semua untuk melihatnya semasa mengutip hasil setiap 2 bulan sekali mengikut tarikh yang ditetapkan.

Friday, August 15, 2008

Arowana HighBack



Harga induk di antara RM 6000.00 ke RM 7500.00 seekor manakala harga anak RM 360.00 ke RM 450.00 ini harga dari kolam. Harga pasaran RM 550.00 ke RM 650.00 seekor