Thursday, April 29, 2010


Pengenalan.
Sistem pawah atau (profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara pengusaha dan pembeli. Dalam sistem pawah arowana, pembeli akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha. Jadi pembeli hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha itu merupakan harta atau aset kepada pembeli. Setiap 2 bulan sekali pengusaha akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pembeli setelah anak ikan bersaiz 3 hingga 4 inci.












Konsep Sistem Pawah
Pembeli akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pembeli hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.

Semasa proses tuaian, pembeli akan dipanggil untuk membuat pengiraan hasil bersama. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pembeli dan syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 hingga 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pembeli. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pembeli tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran.

Selepas tamat tempoh perjanjian, pembeli selaku pemilik induk ikan tersebut boleh memilih untuk mengambil induk untuk dipelihara sendiri, menjual induk tersebut atau menyambung perjanjian dengan menandatangani surat perjanjian baru. Sekiranya pembeli memilih untuk menjual induk tersebut, pembeli akan mendapat kembali 100% modal yang dibayar dulu atau mungkin lebih sekiranya semua induk masih hidup. Sekiranya pembeli ingin menandatangani perjanjian baru pembeli tidak perlu membayar apa-apa dan segala urusan penjagaan induk akan dijalankan seperti biasa seperti sebelumnya.

3 comments:

THREE COLOR said...

senyap jer blog ni.. dh banyak tipu orang ke? dengar cerita ada orang dah terkena. melabur sampai 110k pengusaha terus tutup no HP.

bayu dah kasi lesap itu duit ka? syarikat pun x setup lagi dah berani ambil duitt org.. ni la orang melayu.. hahaha.. bayu..bayu..

hang tunggu la tangan hang kena kerat.. tak jauh mana hang dapat lari dgn duit 110k tu..

Bengkang said...

Aik!Baru semangat nak bekoba-koba dah mai komen negatip.Ni betui ke tak betui ni komen ni???Seh bau nak gi keluwakan ASB RM500k nak mulo2 blajar meniago.Tolong jelaskan Tuan punyo ahli kongsi.Cam tak cayo sehlah.

Ikan Kelisa Bukit Merah said...

aku pon terkena jugak.....dulu selalu dapat hasil dok update blog ni