Di habitat semulajadi, pembiakan ikan ini berlaku setahun sekali iaitu antara bulan Jun - Ogos tetapi berbeza jika dibiakkan didalam kolam takungan mungkin pembiakannya berlaku lebih daripada sekali dalam setahun. Keunikan ikan ini selain daripada warnanya yang menarik ialah sifat biologi pembiakannya, di mana induk jantan mengeram telur di dalam mulutnya selama 2 bulan.
Arowana matang setelah berumur 4 1/2 - 5 tahun dengan berat badannya antara 1 - 2 kg. Ia boleh membiak secara semula jadi di dalam kolam. Kebiasaannya ia mengawan pada waktu petang sehingga malam terutamanya pada musim hujan. Induk jantan yang matang mempunyai kepala yang lebih besar daripada induk betina.
klip video proses pengambilan telur oleh induk jantan
3 comments:
syarikat akan bg ikan yg dh matang ka kalau kita amik 1 kolam,..? ataupun kita sendiri yg pilih ikan utk dimasukan dlm kolam tu...?
mcm bro punya, x sampai 16 ekor ikan pun dlm kolam bro yg pertama tu. x semestinya 16 ekor ka, camana?
Kat kawasan ini ada banyak tauke (Pengusaha ikan arowana)cuma tauke kami jer tak kisah sangat sebab nak tolong orang melayu dia bagi bajet minimum 1 kolam 10 ekor. Bagi tauke uang lain depa nak 16 ekor untuk 1 kolam.tapi selalunya kalau nak pulangan hasil yang cepat kenalah lebih daripda 10 ekor lebih cantik lagi 18-22 ekor.Kalau kita nak pilih ikan sendiri kenalah cari ikan diluar disini ikan dah ada siap dalam kolam so nak pilih macam mana?
good this fish is very beatiful
Post a Comment