Tuesday, January 6, 2009

Kolam Kedua RakanKongsi




Kolam ke-2 kami mempunyai 14 ekor induk adalah ikan Arowana Highback Golden . Nilai kesemua ikan di dalam kolam ini lebih kurang RM91000.00. Kalau anda ingin melihat ikan kami ini secara dekat bolehlah hubungi kami semua untuk melihatnya semasa mengutip hasil setiap 2 bulan sekali mengikut tarikh yang ditetapkan.

6 comments:

Anonymous said...

saya mmg berminat sgt projek ikan kelisa ni.... cuma nk tanya pengalaman org mcm bro. psl untung ruginya projek ni. stakat ni, dh brape kali bro dpt hasil...?

saya nk minta pandangan bro, apa yg terbaik nk buat dgn modal rm200K dlm projek ikan kelisa ni..?

Fizman said...

tahniah sekali lg utk kolam kedua.dah dapat hasilnya?
hujung bulan 1 ni boleh saya melawat tpt saudara?

Ikan Kelisa Bukit Merah said...

Bagi arowana banjared setakat januari 2009 kami dah dapat hasil 4 kali tak termasuk 17/01/2009 ni sebab masa angkat 01/01 tadi ada induk lain yang bawa telur muda 17/01 ni angkat semula.....kalau mula-2 ni kami syorkan saudara ambil bajet yang rendah dulu nanti bila dah nampak hasilnya baru tambah. Kalau mula dengan bajet yang tinggi ni kami tak jamin laaaa sebab kekadang semua induk yang kita beli tak semestinya mengeluarkan hasil. Tapi kalau saudara berani menanggung risiko tak ada masalah.

Anonymous said...

dalam 4 kali hasil tu, berapa average anak ikan yg dpt setiap hasil? berapa harga anak ikan banjar red ni?

saya ada tgk video dalam youtube, mamat yg turun halau dlm kolam tu kata, jenis GOLD punya susah nk membiak. betui ka?

Ikan Kelisa Bukit Merah said...

Kepada Saudara Iman...
Saudara tinggal kat mana Matang tu kat mana? Kalau saudara Iman nak melawat tempat kami datang laaa 17/01 nie untuk kolam banjared dan kolam no.2 pada 31/01, sebelum nak datang tu tepon laaa dulu yang pastinya masa nak angkat ikan tu waktu pagi keyyy..

Kepada saudara azrirmn
Bukan maksud dia kata ikan GOLD tu susah nak membiak tapi ikan tu belum bagi hasil lagi maklum laaaa semua ikan kami tu bukannya kami beli dari kolam kami beli skit-2 kat tempat lain cuma beli kat tokey tu 4 ekor jer tu pon dia beli kat orang jugak bukan dari kolam dia, lagi pon semua ikan ni asal dari akuarium.Dari pengalaman orang yang tahu pasai ikan arowana ni depa kata ikan dari akuarium ni memakan masa skit untuk serasi setelah dimasukkan dalam kolam.Kalau saudara hendak ikan yang memang dah sedia mengeluarkan hasil harganya paham-2je laaaaa satu kolam harganya RM224000.00 untuk 16 ekor sahaja.

Fizman said...

tunang saya tinggal di matang,kg yang lalu depan rumah long jaafar tu.
kira jadila ni yer?apa2 hal nanti sy contact saudara.