ARKIB : 12/12/2008 (utusan Malaysia)
Tiga sahabat bangunkan e-arowana
OLeh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Menyedari potensi industri penternakan ikan hiasan khususnya arowana, tiga sekawan ini tekad meletakkan jawatan dengan pendapatan lumayan. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan 95 peratus ikan hiasan yang diternak adalah untuk pasaran eksport kerana mutunya yang tinggi. "Tetapi bukan mudah untuk kami mengambil langkah menceburkan diri dalam perniagaan ini secara sepenuh masa. "Banyak yang perlu difikirkan terutama komitmen terhadap keluarga masing-masing," kata salah seorang pemilik e-arowana Trading, Suhar Shariff semasa ditemui semasa Pameran Aquafair Malaysia 2008 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menyingkap sejarah permulaannya, beliau bercerita, mempunyai hobi yang sama menemukan mereka walaupun bekerja di tempat yang sama. Suhar berkata, tiga faktor yang menyebabkan mereka bergiat dalam industri ikan hiasan iaitu minat, mempunyai nilai komersial dan perniagaan adalah sembilan daripada 10 sumber rezeki dalam Islam. Bersama dua rakan lain, Zohri Mohd Taib dan Zulkifli Zarkasi, Suhar mula dengan aktiviti jual beli ikan hiasan pada tahun 2000 dan selepas lima tahun mereka bertiga mula membeli dan memelihara 40 arowana green dan red tail golden.
"Sebelum itu kami telah menyediakan enam buah kolam di kawasan Pendang, Kedah," kata graduan lulusan luar negara ini yang meletak jawatan pada tahun 2005 secara bergilir dengan rakan lain. Kini tiga sahabat ini mempunyai lebih 200 ekor ikan arowana seperti red tail golden, Malaysia golden, chili red, blood red dan silver. Suhar berkata, negara mempunyai kelebihan dari segi geografi dan politik sebagai kawasan ternakan arowana selain menjadi habitat asal ikan berkenaan.
"Permintaan ikan arowana yang tinggi masih tidak dapat memenuhi pasaran bagi pelanggan tempatan selain pasaran Asia terutama di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun serta Eropah," katanya yang merancang menambah bilangan kolam pada tahun depan. Ikan arowana menjadi mahal kerana ikan purba Zaman Jurassic hanya membiak setahun sekali. Pembiakan ikan arowana secara semula jadi memberi ruang bagi penternak mengawal harganya.
"Tidak pernah berlaku lambakan dan kejatuhan harga ikan arowana di pasaran kerana pembiakan hanya secara semula jadi," katanya. Menyentuh mengenai penjagaan ikan arowana, Suhar berkata, tidak sesukar mana cuma harga yang tinggi menyebabkan pemiliknya lebih berhati-hati.
"Ikan arowana antara ikan yang tahan lasak dengan persekitaran tetapi disebabkan faktor kos tidak ramai berminat menternaknya," katanya yang juga menternak ikan kap jepun dan beberapa ikan hiasan tempatan.

1 comment:
hai, bila tgk ikan2 tadi, rasa macam interest.. bagaimana cara saya nak dapatkan ikan tersebut?
u all dari mana ?
nak contact siapa ?
atau email bagi saya
aijoo78@yahoo.com
tq
Post a Comment